MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
1. Teori Pemprosesan Maklumat Robert M.Gagne
2. Teori Pengajaran Bruner
3. Model Taba : Pembentukan Konsep
4. Model Inkuiri Suchman
TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT ROBERT M. GAGNE
Robert M.Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction (1975) mengemukakan teori bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran.
Mengikut teorinya, rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia.
Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran berlaku.
Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas
1) Fasa Motivasi : Jangkaan
2) Fasa Kefahaman : Pemerhatian- simpanan persepsi
3) Fasa Perolehan : Pengekodan- simpanan awal
4) Fasa Penahanan : Penyimpanan- stor ingatan
5) Fasa Ingatan Kembali : Mengingat kembali- mencari
6) Fasa Generalisasi : Pindahan
7) Fasa Prestasi : Gerakbalas
8) Fasa Maklum Balas : Peneguhan
TEORI PENGAJARAN BRUNER
Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.
Bahan-bahan pembelajaran harus distrukturkan secara sistematik supaya mudah dipelajari.
Teori Pengajaran harus menentukan cara yang paling berkesan untuk mengorganisasikan bahan-bahan pengajaran supaya mudah dipersembahkan dan mudah dipelajari
Teori Pengajaran harus menentukan ganjaran dan denda selepas penilaian akiviti pembelajaran supaya pelajar mendapat kepuasan dalam pelajarannya.
MODEL TABA : PEMBENTUKAN KONSEP
Mengikut Taba, konsep boleh dibentuk dengan tepat melalui penyusunan banan-bahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai.
Dalam hal ini, Taba mencadangkan satu model yang mengaitkan pembentukan konsep dengan pemilihan dan memeringkatkan isi pelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Taba, pembentukan sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui empat peringkat utama.
4 peringkat utama ialah : -
1) Peringkat Penyusunan Data – menyusun fakta-fakta dengan memerhatikan ciri-ciri persamaan dan perbezaannya.
2) Peringkat Pembentukan Konsep – menggolongkan dan mengelaskan fakta-fakta berdasarkan ciri-ciri persamaan supaya menjadi kategori tertentu.
3) Peringkat Membentuk Hukum – membuat kesimpulan atau generalisasi berdasarkan hubungan-hubungan di antara kategori-kategori yang dibuat dalam peringkat sebelumnya.
4) Peringkat Aplikasi – penggunaan generalisasi atau kesimpulan baru Model Pengajaran Taba mengaitkan struktur pengetahuan dengan proses perancangan dan pembelajaran.
- Semasa proses perancangan pelajaran, perkara-perkara yang hendak dipertimbangkan ialah penyusunan data, pembentukan konsep dan membuat generalisasi atau prinsip dari konkrit kepada abstrak.
MODEL INKUIRI
Kaedah inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau daripada masalah yang dikemukakan.
Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan siasat dan membuat rumusan atau mendapatkan jawapan.
Kaedah inkuiri boleh dikendalikan berdasarkan salah satu daripada tiga model berikut:-
1) Model Inkuiri Sains : mengkaji prinsip, fenomena dan ciri-ciri unsure sains.
2) Model Inkuiri Sosial : mengkaji topic-topik yang berkaitan dengan bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan.
3) Model Inkuiri Juris Prudential : digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu seperti belajar Sains lebih berguna daripada belajar Sastera.
4) Model Inkuiri Suchman : berlandaskan anadaian bahawa strategi-strategi yang digunakan oleh ahli sains untuk menjalankan kaji selidik boleh juga digunakan sebagai model pengajaran dalam subjek khususnya sains.
MODEL BEHAVIOURAL
Pembelajaran penguasaan adalah juga dikenali sebagai Pembelajaran Masteri.
Perkataan masteri berasal daripada Bahasa Inggeris yang mempunyai erti seperti:
- kehandalan
-kepandaian
-Menguasai kemahiran dengan cekap
Pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang penting untuk memastikan murid dapat menguasai apa yang diajar adalah berkesan dan mencapai objektif pelajaran yang ditentukan dengan memuaskan.
OBJEKTIF/TUJUAN
Maklum balas terhadap pembelajaran
Membuat pengubahsuaian untuk meningkatkan keberkesanannya
Serta memberi bantuan
Masa yang diperlukan kepada murid
PERBEZAAN PENCAPAIAN PELAJAR
Kemahiran asas yang diperlukan untuk mempelajari sesuatu topik pelajaran.
Kuantiti dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Kebolehan memahami pengajaran guru.
Daya usaha pembelajaran yang berterusan.
Masa pembelajaran yang diperuntukan.
STRATEGI PENGAJARAN-PEMBELAJARAN UNTUK PEMBELAJARAN MASTERI
Tentukan hasil pembelajaran dengan merangka objektif pembelajaran secara eksplisit.
Mengajar murid dengan menggunakan kaedah,teknik dan bahan bantu mengajar yang sesuai.
Nilai pembelajaran dengan ujian formatif(diagnostik) & ujian sumatif.
Laksanakan aktiviti pemulihan untuk murid yang lemah dalam P&P.
SIFAT PERIBADI GURU
- Menyayangi
- Berasa yakin
- Pendorong
- Komited
- Proaktif
- Menyelesaikan masalah
GAYA PEMBELAJARAN MURID
* Visual
* Lisan
* Gerakan
* Sistem 4-MAT
* Dunn & Dunn
* Wichita
KAEDAH P & P
1. Berpusatkan guru
2. Berpusatkan murid
3. Menyeronokkan
4. Menarik
BAHAN P & P
1) Pengurusan
2) Penggunaan
3) Jenis sumber
PENGURUSAN KELAS DAN AKTIVITI P & P
Murid Aktiviti Bahan semasa
Ujian Pemulihan dan penggayaan Rekod
PERKARA LAIN
• 8 kecerdasan
• Patriotisme : pendidikan alam sekitar
• Pendidikan pencegahan dadah & AIDS
• Kemahiran keibubapaan
• Keselamatan di jalan raya
STRATEGI MODEL BEHAVIORAL
1. PENGAJARAN LANGSUNG
Berpusatkan guru di mana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara langsung kepada murid-murid.
Menstruktur masa pengajaran agar dapat mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan serta mengembangkan kemahiran yang hendak diajar secara langkah demi langkah.
Sesuai digunakan untuk mengajar bacaan dan matematik tetapi kurang sesuai untuk subjek-subjek yang mirip atau hampir dengan penerokaan dan penemuan.
Langkah-langkah untuk mengendalikan pengajaran langsung :
i. Kenalpasti hasil-hasil pembelajaran yang ingin dicapai.
ii. Rangsangkan minat murid-murid terhadap apa yang akan disampaikan.
iii. Tinjau semula pengetahuan dan kemahiran lalu yang perlu dikuasai bagi memudahkan kefahaman mereka.
iv. Tinjau semula praktis tersebut melalui kuiz yang akan dijawab oleh mereka.
v. Beri maklumbalas ke atas jawapan yang betul dan ajar semula kemahiran-kemahiran tertentu (jika difikirkan perlu).
vi. Beri tugasan atau kerja rumah bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman mereka.
vii. Bagi sesi pengajaran yang selanjutnya, tinjau semula bahan pengajaran dan pastikan mereka berupaya mengaplikasikan apa yang telah di pelajari di luar bilik darjah.
2. PEMBELAJARAN MASTERI
Isi pelajaran disusun daripada mudah kepada kompleks sebelum disampaikan kepada murid-murid secara individu melalui bahan atau resos pengajaran yang sesuai mengikut kadar masing-masing.
Murid-murid akan diuji dengan menggunakan pelbagai bentuk ujian.
Sekiranya mereka masih belum dapat menguasai mana-mana unit pengajaran, mereka akan diberi peluang untuk mengulangi unit yang berkenaan.
Pembelajaran masteri berasaskan andaian bahawa setiap murid berupaya untuk menguasai kemahiran-kemahiran penting yang terkandung dalam kurikulum (peranan guru untuk merealisasikan andaian tersebut).
Tugas-tugas pendidikan berhubung dengan pembelajaran masteri ini ialah :
i. Memastikan bahawa murid-murid mempunyai kemahiran yang diwajibkan sebelum boleh maju ke unit yang berikutnya.
ii. Melakukan analisis tugas agar lebih bersedia untuk mengajar unit yang berkenaan.
iii. Menyatakan hasil pembelajaran terlebih dahulu sebelum merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai.
iv. Menyediakan pelbagai bahan pengajaran bagi pengajaran semula mana-mana unit pelajaran yang difikirkan perlu.
v. Menyediakan ujian-ujian pelbagai bentuk sama ada lisan atau bertulis bagi setiap unit yang berkenaan.
Monday, August 23, 2010
MODEL BEHAVIORAL
Posted by darapingitan010 at 12:20 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment