1) Ivan Petrovich Pavlov – Eksperimen Anjing
- Beliau menggunakan anjing untuk mengkaji sistem pencernaannya selepas diberi makanan dan akhirnya berjaya menemui Teori Pelaziman Klasik di bawah kajian bidang fisiologi.
- Dalam kajiannya, rembesan air liur dan jus gastrik anjing bukan sahaja ditambah semasa makanan di dalam mulutnya tetapi apabila makanan yang dikesannya.
- Beliau berpendapat fenomena rembesan air liur dan jus gastrik berlaku semasa makanan berada di dalam mulut anjing adalah suatu jenis tindak balas yang tidak dipelajari.
- Ahli psikologi menamakan sebagai tindak balas tak terlazim manakala rembesan air liur yang berlaku semasa makanan dikesannya adalah gerak balas terlazim dan makanan yang dikesan dipanggil sebagai rangsangan terlazim.
- Untuk mengesahkan hasil pemerhatian beliau menggunakan cahaya lampu dan bunyi loceng sebagai rangsangan terlazim. Beliau menggunakan eksperimennya dengan menggunakan seekor anjing.
- Anjing itu ditambat dalam keadaan lapar. Melalui satu pembedahan, air liur anjing itu disambung dengan satu tiub yang dipasnag diluar supaya rembesan air liur dapat dilihat dengan mudah.
- Segala gerak geri anjing itu diperhatikan tanpa disedari oleh anjing itu.
http://www.scribd.com/doc/34582657/TEORI-BEHAVIORIS
RUMUSAN DAPATAN KAJIAN PAVLOV
1) Proses Penghasilan
Makanan tidak diberikan apabila loceng dibunyikan Air liur anjing semakin berkurangan sehingga tidak keluar lansung.
2) Pembelajaran Semula
Makanan dan bunyi loceng diadakan serentak. Akhirnya loceng sahaja dibunyikan. Air liur keluar semula.
3) Pemulihan Semerta
Bunyi loceng diberhentikan sementara dan kemudian dibunyikan semula Air liur keluar juga.
4) Generalisasi
Bunyi loceng diganti dengan bunyi seakannya akan sama Air liur juga keluar.
Hanya bunyi loceng diberi daging. Bunyi seakannya tidak diberikan daging Air liur keluar apabila loceng dibunyikan.
http://www.slideshare.net/syireen/teori-behaviorisme
2) John Broadus Watson- Kajian Ke Atas Kanak-Kanak
(Little Albert)
i. Seekor tikus putih ditunjukkan kepada Albert yang menunjukkan minat terhadapnya.
ii. Sebaik sahaja tikus putih itu ditunjukkan kepada Albert pada kali kedua suatu dentuman yang kuat dibunyikan dari belakang. Albert dengan serta merta terperanjat dan menunjukkan reaksi takut.
iii. Kajian diulang beberapa kali iaitu menggunakan tikus putih disertakan dengan dentuman kuat (rangsangan terlazim) = reaksi takut (gerak balas tak terlazim)
iv. Tikus putih itu ditunjukkan sahaja, Albert menunjukkan reaksi takut di mana tikus putih digunakan (rangsangan terlazim) = reaksi takut (gerak balas terlazim)
RUMUSAN KAJIAN WATSON TERHADAP LITTLE ALBERT
Hasil kajian dapat dirumuskan, Albert menghubungkaitkan dentuman yang kuat dengan tikus yang dilihatnya dengan proses pelaziman, Albert teah belajar tingkahlaku takut.
3) Edward Lee Thorndike- Puzzle Box (Kotak Ajaib)
i. Juga dikenal sebagai teori cuba ralat.
ii. Dikemukakan Edward L.Thorndike.
iii. Beliau menggunakan seekor kucing untuk kajian.
iv. Bagi membuktikan bahawa haiwan belajar melalui proses cuba jaya.
v. Beliau mengurung kucing yang lapar dalam sebuah sangkar dan ada satu tuil sebagai anak kunci untuk buka sangkar itu.
vi. Semangkuk makanan diletak dekat luar sangkar digunakan sebagai rangsangan.
vii. Kucing melakukan pelbagai perkara untuk melepaskan diri : tiba-tiba terpijak tuil dan dengan cepat ia menuju ke arah makanan.
viii. Kucing dimasukkan semula ke dalam sangkar dan eksperimen diulang semula sehingga kucing Berjaya membuka pintu sangkar : semakin banyak percubaan semakin cepat kucing belajar membuka sangkar.
ix. Selepas beberapa percubaan, kucing dikurung semula dan tanpa meraba-raba ia terus memijak tuil untuk membuka sangkar : menurut Thorndike, perhubungan ini dapat berlaku berdasarkan kepada bilangan kali latihan, keadaan kesediaan individu dan keberkesanan latihan.
RUMUSAN KAJIAN EDWARD LEE THORNDIKE
Menyatakan bahawa ikatan rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh sekiranya individu memperolehi kesan yang memuaskan selepas gerak balasnya dihasilkan.
Thorndike berpendapat pemberian ganjaran merupakan cara yang berkesan untuk membentuk tingkah laku yang diharapkan.
Kesimpulannya, ganjaran menggalakkan manusia atau haiwan untuk melakukan sesuatu gerak balas, manakala dendaan menghalang manusia daripada melakukannya.
0 comments:
Post a Comment