PRINSIP ASAS PAVLOV
setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas
pembelajaran berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balas
pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan di antara dua rangsangan dinamakan pelaziman.
Konsep Teori Pelaziman Klasikal Pavlov
Generalisasi
• Bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama.
• Sebagai contohnya : Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga menjadi risau setiap kali ujian biologi akan diadakan kerana kedua-dua matapelajaran tersebut mempunyai perkaitan anatar satu sama lain. Jadi kerisauan dalam satu matapelajaran iaitu kimia telah digeneralisasikan kepada satu matapelajaran iaitu biologi.
Diskriminasi
• Berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja tidak pada rangsangan yang lain.
• Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng.
• Dalam kes Ali tadi, Ali tidak menjadi risau jika mengambil ujian bahasa Inggeris atau ujian Sejarah kerana kedua-duanya amat berbeza dari matapelajaran Sains.
Penghapusan
• Berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim .
• Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tidak terlazim (daging).
• Lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur, tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai penghapusan.
http://www.scribd.com/doc/6242419/Teori-Pembelajaran
IMPLIKASI TEORI PAVLOV TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Guru hendaklah menyedari bahawa :
1) Kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan atau dipelajari.
Contohnya: Jika guru berkehendakkan murid-murid belajar beratur apabila loceng berbunyi pada jam 1.15 petang, amalan ini perlu diulangi sehingga bunyi loceng (rangsangan) dapat dikaitkan dengan amalan berbaris (gerak balas) pada lain kali, apabila loceng berbunyi pada jam 1.15 petang, dengan itu murid-murid akan terus berbaris sebelum balik tanpa arahan guru.
2) Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan, semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu.
Contohnya: Apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerak balas), maka gerak balas itu (menghasilkan sesuatu yang baik) akan sentiasa berterusan.
3) Motivasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran.
Contohnya: Dalam eksperimen Pavlov, anjing dilaparkan dahulu, manakala di dalam bilik darjah, guru hendaklah memotivasikan murid-muridnya dengan menunjukkan sesuatu yang menarik atau mengagumkan sebelum mereka dapat memberi penumpuan yang teliti.
4) Pembelajaran boleh berlaku melalui latihan,pembiasan atau pengalaman.
Contohnya: Seorang guru hendaklah melibatkan murid-murid dalam pengajarannya seperti mengadakan aktiviti kumpulan, perbincangan, menjalankan projek dan sebagainya.
5) Dalam proses pembelajaran, generalisasi boleh berlaku, bermakna apa yang dipelajari dalam Situasi A boleh dipindahkan kepada Situasi B.
Contohnya: Ali mempelajari prinsip-prinsip simpan kira di sekolah. Ketika di kedai ayahnya, dia menggunakan prinsip-prinsip yang sama untuk menyimpan kira-kira bagi perniagaan ayahnya.
6) Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan.
Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan ,melalui ganjaran, tingkah laku itu mungkin terhapus begitu sahaja.
7) Pembelajaran berkesan akan berlaku jika guru dapat membantu murid mendiskriminasi jenis rangsangan yang perlu diberi penumpuan.
Contohnya: Guru yang berdiri di hadapan murid-muridnya mendatangkan pelbagai jenis rangsangan seperti suara, gerak isyarat, tali leher yeng berbelang-belang, seluarnya yang ,mungkin terlalu ketat dan alat bantu mengajar yang digunakannya.
Sekiranya perhatian murid-murid diberi kepada rangsangan yang tidak sesuai seperti tali leher yang berbelang-belang, tentu sekali pembelajaran berkesan tidak akan berlaku.
Penumpuan hendaklah diberi kepada suara dan alat bantu mengajar bagi menjamin pembelajaran berkesan.
8) Konsep pemulihan semerta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
Apabila seseorang guru tamat memberi ganjaran, prestasi murid mungkin merosot.
Dengan itu, guru boleh memperkenalkan sekali lagi insentif-insentif bagi murid-muridnya seperti mempelbagaikan jenis hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar, projek dan sebagainya untuk meningkatkan semula semangat ingin belajar murid-murid.
Psikologi Dalam Bilik Darjah (1994) oleh Ee Ah Meng, Kuala Lumpur.
PRINSIP ASAS WATSON (TEORI PELAZIMAN KLASIK)
menurut Watson, tingkah laku manusia ialah sesuatu refleks terlazim
beliau berpendapat, gerakan refleks yang mudah berlaku secara semula jadi dan tidak perlu dipelajari
manusia mempelajari gerak balas untuk menyesuaikan diri mereka dalam situasi yang baharu
prinsip pembelajaran yang dikemukakan oleh beliau ialah prinsip kekerapan dan prinsip tempoh kebaruan
beliau menyarankan guru boleh mempengaruhi pembelajaran pelajar dengan
mengadakan rangsangan yang dapat menghasilkan tindak balas yang positif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya memilih rangsangan yang menyeronokkan.
http://www.slideshare.net/guest0321ac/behaviourisme
IMPLIKASI TEORI WATSON TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
1. PRINSIP KEKERAPAN – pelajar perlu memahami dan mengulangkaji setiap tajuk dalam sesuatu mata pelajaran dengan kerap
2. PRINSIP KEBARUAN – pelajar perlu mengulang kaji pelajaran dengan sempurna sebelum menduduki peperiksaan. Mereka akan dapat mengaplikasikan konsep-konsep yang baharu diulangkaji.
3. Guru perlu menggunakan pelbagai alat bantu mengajar untuk menimbulkan minat pelajar terhadap proses pengajaran.
http://www.scribd.com/doc/17233375/Murid-Dan-Alam-Belajar
PRINSIP ASAS THORNDIKE (HUKUM KESAN, HUKUM KESEDIAAN, HUKUM LATIHAN)
menurut Thorndike, ganjaran mendorong organisme mengulangi sesuatu gerak balas
denda boleh menyekat organisme daripada melakukan sesuatu gerak balas
organisme mengaitkan gerak balas tertentu dengan rangsangan tertentu
jenis pembelajaran ini dilabel sebagai “ pembelajaran instrumental atau operan”
http://www.scribd.com/doc/13690813/teori-thorndike
membentuk tiga hukum iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Kesan dan Hukum Latihan.
Hukum Kesediaan :
- Apabila seseorang itu bersedia melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu akan memberi
kepuasan kepadanya. Jika tidak, akan menimbulkan rasa dukacita dan jika dipaksa akan menjadikan tindakan itu tidak sempurna. Jadi, hokum ini merujuk kepada persediaan yang ada sebelum individu itu bertindak iaitu belajar. Kesediaan dapat dilihat daripada tiga aspek iaitu afektif, psikomotor dan kognitif.
Hukum Latihan :
- Pakatan antara rangsangan dan gerak balas(R-G) akan bertembah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang individu akan menguasai kemahiran jika latihan diadakan. Hukum ini juga menyatakan bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan. Sangat sesuai untuk kaedah penghafalan.
Hukum Kesan
- Jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan, barangkali tindakan itu berlaku meningkat atau sebaliknya. Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara gerak balas dan rangsangan akan bertambah kukuh, jika terdapat kesan yang menyeronokkan. Kesan yang menyakitkan akan melemahkan pertalian antara R-G. Oleh itu, jika tingkah laku diikuti dengan kepuasan, ia akan diulang tetapi ia diikuti dengan kesakitan, ia akan lenyap.
http://www.slideshare.net/syireen/teori-behaviorisme
IMPLIKASI TEORI THORNDIKE TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
1. Guru akan memberikan ganjaran kepada pelajar contonya melalui hadiah apabila pelajar menjawab soalan dengan betul, secara tidak langsung ini akan menggalakkan pelajar untuk menjawab solan yang dikemukakan.
2. Ia dapat menggalakkan pelajar di dalam kelas kerana pelajar akan bersaing antara satu sama lain untuk menjawab soalan daripada guru.
3. Pelajar dapat berfikir dengan cepat dan dapat menguji sejauh mana mereka faham tentang topik yang diajar oleh guru berkenaan.
4. Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan ceria kepada para pelajar.
Thursday, August 19, 2010
MAKLUMAT TENTANG SETIAP PRINSIP YANG DIKELUARKAN OLEH SETIAP TOKOH
Posted by darapingitan010 at 11:53 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment