BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

TENTANG KAMI

Monday, August 23, 2010

MODEL BEHAVIORAL

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT


1. Teori Pemprosesan Maklumat Robert M.Gagne

2. Teori Pengajaran Bruner

3. Model Taba : Pembentukan Konsep

4. Model Inkuiri Suchman


TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT ROBERT M. GAGNE

 Robert M.Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction (1975) mengemukakan teori bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran.

 Mengikut teorinya, rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia.

 Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.

 Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran berlaku.

 Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas



1) Fasa Motivasi : Jangkaan

2) Fasa Kefahaman : Pemerhatian- simpanan persepsi

3) Fasa Perolehan : Pengekodan- simpanan awal

4) Fasa Penahanan : Penyimpanan- stor ingatan

5) Fasa Ingatan Kembali : Mengingat kembali- mencari

6) Fasa Generalisasi : Pindahan

7) Fasa Prestasi : Gerakbalas

8) Fasa Maklum Balas : Peneguhan


TEORI PENGAJARAN BRUNER

 Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.

 Bahan-bahan pembelajaran harus distrukturkan secara sistematik supaya mudah dipelajari.

 Teori Pengajaran harus menentukan cara yang paling berkesan untuk mengorganisasikan bahan-bahan pengajaran supaya mudah dipersembahkan dan mudah dipelajari

 Teori Pengajaran harus menentukan ganjaran dan denda selepas penilaian akiviti pembelajaran supaya pelajar mendapat kepuasan dalam pelajarannya.



MODEL TABA : PEMBENTUKAN KONSEP

 Mengikut Taba, konsep boleh dibentuk dengan tepat melalui penyusunan banan-bahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai.

 Dalam hal ini, Taba mencadangkan satu model yang mengaitkan pembentukan konsep dengan pemilihan dan memeringkatkan isi pelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Taba, pembentukan sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui empat peringkat utama.

 4 peringkat utama ialah : -

 1) Peringkat Penyusunan Data – menyusun fakta-fakta dengan memerhatikan ciri-ciri persamaan dan perbezaannya.

 2) Peringkat Pembentukan Konsep – menggolongkan dan mengelaskan fakta-fakta berdasarkan ciri-ciri persamaan supaya menjadi kategori tertentu.

 3) Peringkat Membentuk Hukum – membuat kesimpulan atau generalisasi berdasarkan hubungan-hubungan di antara kategori-kategori yang dibuat dalam peringkat sebelumnya.

 4) Peringkat Aplikasi – penggunaan generalisasi atau kesimpulan baru Model Pengajaran Taba mengaitkan struktur pengetahuan dengan proses perancangan dan pembelajaran.

 - Semasa proses perancangan pelajaran, perkara-perkara yang hendak dipertimbangkan ialah penyusunan data, pembentukan konsep dan membuat generalisasi atau prinsip dari konkrit kepada abstrak.


MODEL INKUIRI

 Kaedah inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau daripada masalah yang dikemukakan.

 Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan siasat dan membuat rumusan atau mendapatkan jawapan.

 Kaedah inkuiri boleh dikendalikan berdasarkan salah satu daripada tiga model berikut:-

 1) Model Inkuiri Sains : mengkaji prinsip, fenomena dan ciri-ciri unsure sains.

 2) Model Inkuiri Sosial : mengkaji topic-topik yang berkaitan dengan bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan.

 3) Model Inkuiri Juris Prudential : digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu seperti belajar Sains lebih berguna daripada belajar Sastera.

 4) Model Inkuiri Suchman : berlandaskan anadaian bahawa strategi-strategi yang digunakan oleh ahli sains untuk menjalankan kaji selidik boleh juga digunakan sebagai model pengajaran dalam subjek khususnya sains.


MODEL BEHAVIOURAL

 Pembelajaran penguasaan adalah juga dikenali sebagai Pembelajaran Masteri.

 Perkataan masteri berasal daripada Bahasa Inggeris yang mempunyai erti seperti:

- kehandalan

-kepandaian

-Menguasai kemahiran dengan cekap

 Pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang penting untuk memastikan murid dapat menguasai apa yang diajar adalah berkesan dan mencapai objektif pelajaran yang ditentukan dengan memuaskan.



OBJEKTIF/TUJUAN

 Maklum balas terhadap pembelajaran

 Membuat pengubahsuaian untuk meningkatkan keberkesanannya

 Serta memberi bantuan

 Masa yang diperlukan kepada murid


PERBEZAAN PENCAPAIAN PELAJAR

 Kemahiran asas yang diperlukan untuk mempelajari sesuatu topik pelajaran.

 Kuantiti dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

 Kebolehan memahami pengajaran guru.

 Daya usaha pembelajaran yang berterusan.

 Masa pembelajaran yang diperuntukan.



STRATEGI PENGAJARAN-PEMBELAJARAN UNTUK PEMBELAJARAN MASTERI

 Tentukan hasil pembelajaran dengan merangka objektif pembelajaran secara eksplisit.

 Mengajar murid dengan menggunakan kaedah,teknik dan bahan bantu mengajar yang sesuai.

 Nilai pembelajaran dengan ujian formatif(diagnostik) & ujian sumatif.

 Laksanakan aktiviti pemulihan untuk murid yang lemah dalam P&P.


SIFAT PERIBADI GURU

- Menyayangi

- Berasa yakin

- Pendorong

- Komited

- Proaktif

- Menyelesaikan masalah


GAYA PEMBELAJARAN MURID

* Visual

* Lisan

* Gerakan

* Sistem 4-MAT

* Dunn & Dunn

* Wichita



KAEDAH P & P

1. Berpusatkan guru

2. Berpusatkan murid

3. Menyeronokkan

4. Menarik



BAHAN P & P

1) Pengurusan

2) Penggunaan

3) Jenis sumber



PENGURUSAN KELAS DAN AKTIVITI P & P

Murid Aktiviti Bahan semasa

Ujian Pemulihan dan penggayaan Rekod


PERKARA LAIN

• 8 kecerdasan

• Patriotisme : pendidikan alam sekitar

• Pendidikan pencegahan dadah & AIDS

• Kemahiran keibubapaan

• Keselamatan di jalan raya



STRATEGI MODEL BEHAVIORAL

1. PENGAJARAN LANGSUNG

Berpusatkan guru di mana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara langsung kepada murid-murid.

Menstruktur masa pengajaran agar dapat mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan serta mengembangkan kemahiran yang hendak diajar secara langkah demi langkah.

Sesuai digunakan untuk mengajar bacaan dan matematik tetapi kurang sesuai untuk subjek-subjek yang mirip atau hampir dengan penerokaan dan penemuan.

Langkah-langkah untuk mengendalikan pengajaran langsung :

i. Kenalpasti hasil-hasil pembelajaran yang ingin dicapai.

ii. Rangsangkan minat murid-murid terhadap apa yang akan disampaikan.

iii. Tinjau semula pengetahuan dan kemahiran lalu yang perlu dikuasai bagi memudahkan kefahaman mereka.

iv. Tinjau semula praktis tersebut melalui kuiz yang akan dijawab oleh mereka.

v. Beri maklumbalas ke atas jawapan yang betul dan ajar semula kemahiran-kemahiran tertentu (jika difikirkan perlu).

vi. Beri tugasan atau kerja rumah bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman mereka.

vii. Bagi sesi pengajaran yang selanjutnya, tinjau semula bahan pengajaran dan pastikan mereka berupaya mengaplikasikan apa yang telah di pelajari di luar bilik darjah.

2. PEMBELAJARAN MASTERI

Isi pelajaran disusun daripada mudah kepada kompleks sebelum disampaikan kepada murid-murid secara individu melalui bahan atau resos pengajaran yang sesuai mengikut kadar masing-masing.

Murid-murid akan diuji dengan menggunakan pelbagai bentuk ujian.

Sekiranya mereka masih belum dapat menguasai mana-mana unit pengajaran, mereka akan diberi peluang untuk mengulangi unit yang berkenaan.

Pembelajaran masteri berasaskan andaian bahawa setiap murid berupaya untuk menguasai kemahiran-kemahiran penting yang terkandung dalam kurikulum (peranan guru untuk merealisasikan andaian tersebut).

Tugas-tugas pendidikan berhubung dengan pembelajaran masteri ini ialah :

i. Memastikan bahawa murid-murid mempunyai kemahiran yang diwajibkan sebelum boleh maju ke unit yang berikutnya.

ii. Melakukan analisis tugas agar lebih bersedia untuk mengajar unit yang berkenaan.

iii. Menyatakan hasil pembelajaran terlebih dahulu sebelum merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai.

iv. Menyediakan pelbagai bahan pengajaran bagi pengajaran semula mana-mana unit pelajaran yang difikirkan perlu.

v. Menyediakan ujian-ujian pelbagai bentuk sama ada lisan atau bertulis bagi setiap unit yang berkenaan.

Sunday, August 22, 2010

TENTANG KAMI

SITI NURAIN FARAHIYAH BINTI SALLEHUDDIN




NUR AISYAH BINTI GHAZALI




NOOR AIN BT MOHD YUSOFF














ANALISIS SWOT BERDASARKAN MODEL BEHAVIORAL

STRENGTH (KEKUATAN)


• Keseronokan murid mendapat ganjaran daripada guru.

• Murid memberi perhatian penuh / fokus semasa membuat sesuatu tingkahlaku.

• Murid akan meneruskan tingkahlaku apabila mendapat peneguhan.

• Murid dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan berkesan.



WEAKNESS (KELEMAHAN)

• Murid melakukan sesuatu tindakan semata-mata mahu mendapatkan ganjaran.

• Murid tidak akan mendapat ilmu pengetahuan baharu.

• Tanpa peniruan, murid tidak akan berasa yakin untuk melakukan sesuatu perkara.

• Murid tidak dapat berdikari.



OPPORTUNITY (PELUANG)

• Memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

• Kanak-kanak menjadi aktif di dalam kelas.



THREAT (ANCAMAN)

• Pastikan setiap pelajar dapat melihat model dengan jelas.

• Tegaskan perlakuan yang hendak ditiru atau dikukuhkan.

• Model peniruan tersebut mestilah sesuai mengikut tahap umur murid.

• Murid terlalu bergantung pada ganjaran.

Friday, August 20, 2010

EKSPERIMEN YANG DIJALANKAN OLEH PELOPOR MODEL

1) Ivan Petrovich Pavlov – Eksperimen Anjing




- Beliau menggunakan anjing untuk mengkaji sistem pencernaannya selepas diberi makanan dan akhirnya berjaya menemui Teori Pelaziman Klasik di bawah kajian bidang fisiologi.

- Dalam kajiannya, rembesan air liur dan jus gastrik anjing bukan sahaja ditambah semasa makanan di dalam mulutnya tetapi apabila makanan yang dikesannya.

- Beliau berpendapat fenomena rembesan air liur dan jus gastrik berlaku semasa makanan berada di dalam mulut anjing adalah suatu jenis tindak balas yang tidak dipelajari.

- Ahli psikologi menamakan sebagai tindak balas tak terlazim manakala rembesan air liur yang berlaku semasa makanan dikesannya adalah gerak balas terlazim dan makanan yang dikesan dipanggil sebagai rangsangan terlazim.

- Untuk mengesahkan hasil pemerhatian beliau menggunakan cahaya lampu dan bunyi loceng sebagai rangsangan terlazim. Beliau menggunakan eksperimennya dengan menggunakan seekor anjing.

- Anjing itu ditambat dalam keadaan lapar. Melalui satu pembedahan, air liur anjing itu disambung dengan satu tiub yang dipasnag diluar supaya rembesan air liur dapat dilihat dengan mudah.

- Segala gerak geri anjing itu diperhatikan tanpa disedari oleh anjing itu.

http://www.scribd.com/doc/34582657/TEORI-BEHAVIORIS



RUMUSAN DAPATAN KAJIAN PAVLOV

1) Proses Penghasilan

Makanan tidak diberikan apabila loceng dibunyikan  Air liur anjing semakin berkurangan sehingga tidak keluar lansung.



2) Pembelajaran Semula

Makanan dan bunyi loceng diadakan serentak. Akhirnya loceng sahaja dibunyikan.  Air liur keluar semula.



3) Pemulihan Semerta

Bunyi loceng diberhentikan sementara dan kemudian dibunyikan semula  Air liur keluar juga.



4) Generalisasi

Bunyi loceng diganti dengan bunyi seakannya akan sama  Air liur juga keluar.

Hanya bunyi loceng diberi daging. Bunyi seakannya tidak diberikan daging  Air liur keluar apabila loceng dibunyikan.

http://www.slideshare.net/syireen/teori-behaviorisme

 
video






2) John Broadus Watson- Kajian Ke Atas Kanak-Kanak


(Little Albert)



i. Seekor tikus putih ditunjukkan kepada Albert yang menunjukkan minat terhadapnya.

ii. Sebaik sahaja tikus putih itu ditunjukkan kepada Albert pada kali kedua suatu dentuman yang kuat dibunyikan dari belakang. Albert dengan serta merta terperanjat dan menunjukkan reaksi takut.

iii. Kajian diulang beberapa kali iaitu menggunakan tikus putih disertakan dengan dentuman kuat (rangsangan terlazim) = reaksi takut (gerak balas tak terlazim)

iv. Tikus putih itu ditunjukkan sahaja, Albert menunjukkan reaksi takut di mana tikus putih digunakan (rangsangan terlazim) = reaksi takut (gerak balas terlazim)



RUMUSAN KAJIAN WATSON TERHADAP LITTLE ALBERT

Hasil kajian dapat dirumuskan, Albert menghubungkaitkan dentuman yang kuat dengan tikus yang dilihatnya dengan proses pelaziman, Albert teah belajar tingkahlaku takut.


video





3) Edward Lee Thorndike- Puzzle Box (Kotak Ajaib)




i. Juga dikenal sebagai teori cuba ralat.

ii. Dikemukakan Edward L.Thorndike.

iii. Beliau menggunakan seekor kucing untuk kajian.

iv. Bagi membuktikan bahawa haiwan belajar melalui proses cuba jaya.

v. Beliau mengurung kucing yang lapar dalam sebuah sangkar dan ada satu tuil sebagai anak kunci untuk buka sangkar itu.

vi. Semangkuk makanan diletak dekat luar sangkar digunakan sebagai rangsangan.

vii. Kucing melakukan pelbagai perkara untuk melepaskan diri : tiba-tiba terpijak tuil dan dengan cepat ia menuju ke arah makanan.

viii. Kucing dimasukkan semula ke dalam sangkar dan eksperimen diulang semula sehingga kucing Berjaya membuka pintu sangkar : semakin banyak percubaan semakin cepat kucing belajar membuka sangkar.

ix. Selepas beberapa percubaan, kucing dikurung semula dan tanpa meraba-raba ia terus memijak tuil untuk membuka sangkar : menurut Thorndike, perhubungan ini dapat berlaku berdasarkan kepada bilangan kali latihan, keadaan kesediaan individu dan keberkesanan latihan.



RUMUSAN KAJIAN EDWARD LEE THORNDIKE

Menyatakan bahawa ikatan rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh sekiranya individu memperolehi kesan yang memuaskan selepas gerak balasnya dihasilkan.

Thorndike berpendapat pemberian ganjaran merupakan cara yang berkesan untuk membentuk tingkah laku yang diharapkan.

Kesimpulannya, ganjaran menggalakkan manusia atau haiwan untuk melakukan sesuatu gerak balas, manakala dendaan menghalang manusia daripada melakukannya.


video

Thursday, August 19, 2010

MAKLUMAT TENTANG SETIAP PRINSIP YANG DIKELUARKAN OLEH SETIAP TOKOH

PRINSIP ASAS PAVLOV


 setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas

 pembelajaran berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balas

 pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan di antara dua rangsangan dinamakan pelaziman.









Konsep Teori Pelaziman Klasikal Pavlov

Generalisasi

• Bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama.

• Sebagai contohnya : Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga menjadi risau setiap kali ujian biologi akan diadakan kerana kedua-dua matapelajaran tersebut mempunyai perkaitan anatar satu sama lain. Jadi kerisauan dalam satu matapelajaran iaitu kimia telah digeneralisasikan kepada satu matapelajaran iaitu biologi.



Diskriminasi

• Berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja tidak pada rangsangan yang lain.

• Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng.

• Dalam kes Ali tadi, Ali tidak menjadi risau jika mengambil ujian bahasa Inggeris atau ujian Sejarah kerana kedua-duanya amat berbeza dari matapelajaran Sains.



Penghapusan

• Berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim .

• Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tidak terlazim (daging).

• Lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur, tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai penghapusan.

http://www.scribd.com/doc/6242419/Teori-Pembelajaran

IMPLIKASI TEORI PAVLOV TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Guru hendaklah menyedari bahawa :

1) Kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan atau dipelajari.

Contohnya: Jika guru berkehendakkan murid-murid belajar beratur apabila loceng berbunyi pada jam 1.15 petang, amalan ini perlu diulangi sehingga bunyi loceng (rangsangan) dapat dikaitkan dengan amalan berbaris (gerak balas) pada lain kali, apabila loceng berbunyi pada jam 1.15 petang, dengan itu murid-murid akan terus berbaris sebelum balik tanpa arahan guru.



2) Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan, semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu.

Contohnya: Apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerak balas), maka gerak balas itu (menghasilkan sesuatu yang baik) akan sentiasa berterusan.



3) Motivasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran.

Contohnya: Dalam eksperimen Pavlov, anjing dilaparkan dahulu, manakala di dalam bilik darjah, guru hendaklah memotivasikan murid-muridnya dengan menunjukkan sesuatu yang menarik atau mengagumkan sebelum mereka dapat memberi penumpuan yang teliti.



4) Pembelajaran boleh berlaku melalui latihan,pembiasan atau pengalaman.

Contohnya: Seorang guru hendaklah melibatkan murid-murid dalam pengajarannya seperti mengadakan aktiviti kumpulan, perbincangan, menjalankan projek dan sebagainya.



5) Dalam proses pembelajaran, generalisasi boleh berlaku, bermakna apa yang dipelajari dalam Situasi A boleh dipindahkan kepada Situasi B.

Contohnya: Ali mempelajari prinsip-prinsip simpan kira di sekolah. Ketika di kedai ayahnya, dia menggunakan prinsip-prinsip yang sama untuk menyimpan kira-kira bagi perniagaan ayahnya.



6) Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan.

Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan ,melalui ganjaran, tingkah laku itu mungkin terhapus begitu sahaja.



7) Pembelajaran berkesan akan berlaku jika guru dapat membantu murid mendiskriminasi jenis rangsangan yang perlu diberi penumpuan.

Contohnya: Guru yang berdiri di hadapan murid-muridnya mendatangkan pelbagai jenis rangsangan seperti suara, gerak isyarat, tali leher yeng berbelang-belang, seluarnya yang ,mungkin terlalu ketat dan alat bantu mengajar yang digunakannya.

Sekiranya perhatian murid-murid diberi kepada rangsangan yang tidak sesuai seperti tali leher yang berbelang-belang, tentu sekali pembelajaran berkesan tidak akan berlaku.

Penumpuan hendaklah diberi kepada suara dan alat bantu mengajar bagi menjamin pembelajaran berkesan.



8) Konsep pemulihan semerta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

Apabila seseorang guru tamat memberi ganjaran, prestasi murid mungkin merosot.

Dengan itu, guru boleh memperkenalkan sekali lagi insentif-insentif bagi murid-muridnya seperti mempelbagaikan jenis hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar, projek dan sebagainya untuk meningkatkan semula semangat ingin belajar murid-murid.

Psikologi Dalam Bilik Darjah (1994) oleh Ee Ah Meng, Kuala Lumpur.



PRINSIP ASAS WATSON (TEORI PELAZIMAN KLASIK)

 menurut Watson, tingkah laku manusia ialah sesuatu refleks terlazim

 beliau berpendapat, gerakan refleks yang mudah berlaku secara semula jadi dan tidak perlu dipelajari

 manusia mempelajari gerak balas untuk menyesuaikan diri mereka dalam situasi yang baharu

 prinsip pembelajaran yang dikemukakan oleh beliau ialah prinsip kekerapan dan prinsip tempoh kebaruan

 beliau menyarankan guru boleh mempengaruhi pembelajaran pelajar dengan

mengadakan rangsangan yang dapat menghasilkan tindak balas yang positif

 dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya memilih rangsangan yang menyeronokkan.

http://www.slideshare.net/guest0321ac/behaviourisme



IMPLIKASI TEORI WATSON TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

1. PRINSIP KEKERAPAN – pelajar perlu memahami dan mengulangkaji setiap tajuk dalam sesuatu mata pelajaran dengan kerap

2. PRINSIP KEBARUAN – pelajar perlu mengulang kaji pelajaran dengan sempurna sebelum menduduki peperiksaan. Mereka akan dapat mengaplikasikan konsep-konsep yang baharu diulangkaji.

3. Guru perlu menggunakan pelbagai alat bantu mengajar untuk menimbulkan minat pelajar terhadap proses pengajaran.

http://www.scribd.com/doc/17233375/Murid-Dan-Alam-Belajar



PRINSIP ASAS THORNDIKE (HUKUM KESAN, HUKUM KESEDIAAN, HUKUM LATIHAN)

 menurut Thorndike, ganjaran mendorong organisme mengulangi sesuatu gerak balas

 denda boleh menyekat organisme daripada melakukan sesuatu gerak balas

 organisme mengaitkan gerak balas tertentu dengan rangsangan tertentu

 jenis pembelajaran ini dilabel sebagai “ pembelajaran instrumental atau operan”

http://www.scribd.com/doc/13690813/teori-thorndike



membentuk tiga hukum iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Kesan dan Hukum Latihan.

 Hukum Kesediaan :

- Apabila seseorang itu bersedia melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu akan memberi

kepuasan kepadanya. Jika tidak, akan menimbulkan rasa dukacita dan jika dipaksa akan menjadikan tindakan itu tidak sempurna. Jadi, hokum ini merujuk kepada persediaan yang ada sebelum individu itu bertindak iaitu belajar. Kesediaan dapat dilihat daripada tiga aspek iaitu afektif, psikomotor dan kognitif.



 Hukum Latihan :

- Pakatan antara rangsangan dan gerak balas(R-G) akan bertembah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang individu akan menguasai kemahiran jika latihan diadakan. Hukum ini juga menyatakan bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan. Sangat sesuai untuk kaedah penghafalan.





 Hukum Kesan

- Jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan, barangkali tindakan itu berlaku meningkat atau sebaliknya. Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara gerak balas dan rangsangan akan bertambah kukuh, jika terdapat kesan yang menyeronokkan. Kesan yang menyakitkan akan melemahkan pertalian antara R-G. Oleh itu, jika tingkah laku diikuti dengan kepuasan, ia akan diulang tetapi ia diikuti dengan kesakitan, ia akan lenyap.

http://www.slideshare.net/syireen/teori-behaviorisme



IMPLIKASI TEORI THORNDIKE TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

1. Guru akan memberikan ganjaran kepada pelajar contonya melalui hadiah apabila pelajar menjawab soalan dengan betul, secara tidak langsung ini akan menggalakkan pelajar untuk menjawab solan yang dikemukakan.

2. Ia dapat menggalakkan pelajar di dalam kelas kerana pelajar akan bersaing antara satu sama lain untuk menjawab soalan daripada guru.

3. Pelajar dapat berfikir dengan cepat dan dapat menguji sejauh mana mereka faham tentang topik yang diajar oleh guru berkenaan.

4. Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan ceria kepada para pelajar.

BIODATA PENGASAS TEORI/MODEL


A) BIODATA PENGASAS TEORI BEHAVIORAL (PELAZIMAN KLASIK PAVLOV)



• Nama sebenar beliau ialah Ivan Petrovich Pavlov (1849-1936).

• Lahir pada 14 September 1849 di Ryazan, Rusia Tengah.

• Menuntut ilmu di Sekolah Seminari Teologi.

• Menyambung pelajaran di Universiti St. Petersburg (Kimia dan Psikolgi).

• Mendapat gelaran Doktor pada 1879.

• Menjadi Professor Fisiologi di Institute of Experimental Medicine pada 1884.

• Mendapat hadiah Nobel dalam bidang Psykology or Medicine kajian dalam ‘Proses Penghadaman’ pada 1904.

• Meninggal pada 27 Februari 1936 di Leningrad.

http://www.slideshare.net/guest0321ac/behaviourisme





B) BIODATA PENGASAS TEORI BEHAVIORAL (PELAZIMAN KLASIK WATSON)



 Nama sebenar beliau ialah John Broadus Watson

 Lahir pada 9 Januari 1878 di Greenville, South Carolina.

 tamat pengajian di Furman University pada 1899

 mengambil major dalam psikologi dan minor dalam falsafah serta neurologi

di University of Chicago pada 1901

 pada 1906, bekerja sebagai pensyarah di University of Chicago dan pada

1907, bekerja sebagai professor psikologi di John Hopkins University dan

menemui Teori Behaviorisme

 menerbitkan Behavior : An Introduction to Behaviorist Views It”.

 1920, berhenti dari John Hopkins University dan menghasilkan “Little

Albert” Experiment. Lebih fokus kepada pengiklanan

 meninggal pada tahun 1958





C) BIODATA PENGASAS TEORI BEHAVIORAL (HUKUM KESAN THORNDIKE)

 nama sebenar beliau ialah Edward Lee Thorndike

 dilahirkan di Williamsburg, Mass

 Beliau mendapat ijazah daripada Universiti Wesleyan (1895) dan

mendapat master di Universiti Harvard pada tahun 1896

 Edward Lee Thorndike mendapat ph.D dalam tahun 1898 dari Columbia.

Beliau juga merupakan seorang pendidik dan juga seorang ahli psikologi

 Beliau juga telah menghasilkan buku yang bertajuk Educational Psychology

(1903), Mental and Social Measurements( 1904) dan Animal Intelligence(1911)

 Pada tahun 1898, beliau menjadi pembantu professor pedagogi di

Western Reserve University. Beliau juga turut menjadi Presiden

Persatuan Psikologi Amerika pada tahun yang sama iaitu pada tahun 1898

 Beliau turut menjadi Presiden Persatuan Psikometrik yang ke -2. Beliau

turut dilantik sebagai Presiden of American Association for the

Advancement Of Science pada tahun 1934. Beliau menjadi pensyarah

di University Harvard dari tahun 1942 hingga 1943.

SEJARAH MODEL BEHAVIORAL

1) Pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkahlaku.


2) Dalam bentuk pendekatan behavioral, tingkahlaku pelajar dinilai sebelum memulakan pengajaran.

3) Pembelajaran memerlukan penyusunan (stimuli), rangsangan dalam persekitaran supaya pelajar dapat respons dan diberi pengukuhan.

4) Dipelopori oleh empat orang tokoh tetapi hanya tiga tokoh utama iaitu John Broadus Watson, Edward Lee Thorndike dan Ivan Petrovich Pavlov.

video